Friday, February 4, 2011

Jawapan Nik Aziz kepada Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama.

Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.

Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)
Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Wednesday, April 8, 2009

kedai makan

percaya tak kedai makan mempengaruhi peribadi seseorang?
pesan seorang tok guru kepada muridnya: "jgn makan kedai yg ada pelayan perempuan yg sengaja digunakan utk menarik pelanggan.sbb aku nmpak syaitan kencing atas makanan yg dihidangkan".kedai pelayan.mmg best tp bayar mahal.boleh wat kesihatan terganggu.perubahan genetik.malah boleh wat orang gelap hati.

..kampung baru yang mewah dgn kedai makan ni ada beberapa kedai jer yg ok.
tak faham kenapa kedai yang tak sedap tapi ramai orang.adakah orang sudah buta lidah?mahal bukan masalah.rasa yang penting.
kedai suraya memang hebat kuantiti pelangan tapi masak nasik goreng kampung warna pink?mee sup pahit?sup ekor lite xde rasa.nasik blauk dia,ayam tak bape lembut.pelayan asyik muncung jer.sama jgk dgn kedai nasi lemak antarabangsat.peparu pahit,nasik kering xde rasa lemak.depan kedai tu ada kedai ikan bakar.pun hampeh.nasik lembik.orang beratur mcm banduan kelaparan tp tak sedap jgk.
kedai yg tak laku tak semestinya tak sedap.ada kedai yg jauh lebih sedap tp tak ramai orang.
hati2 dalam memilih kedai makan.bimbang kalau orang kedai masak lebih menggiurkan(..ner..) dari orang rumah masak.

(kadang2 elok jgk tak laku, senang aku dapat duduk rileks2 sambil baca paper atau online)

Monday, January 26, 2009

apakah yg perlu ditakuti?

apakah yg perlu utk ditakuti?
-diri sendiri
diri sendiri yg menentukan hala tuju hidup kita.
tepuk dada tanya selera.
selalunya orang yg menghalang kita dari membuat sesuatu dgn berjaya adalah diri kita sendiri.

Sunday, January 18, 2009

lembah kelang

kuala lumpur dah tenat.seluruh lembah kelang dah tenat.penyakit masyarakat dah berakar umbi.
perkataan 'lembah' sendiri dah menakutkan.
lembah kelang
kalau nak cakap benda2 buruk orang akan gunakan perkataan lembah.lembah hina,lembah maksiat.tak ada pulak lembah suci, lembah keinsafan,lembah kemulian.
banyak benda buruk berlaku kat lembah2.

bagi sikit malapetaka kat lembah kelang ni memang tak sempat nak lari.satu lembah kena.

jangan mengharapkan orang jahat akan berubah melainkan orang baik bertindak mencegah kemungkaran.

Saturday, January 17, 2009

akal dan nafsu

tgk susunan ni dah tau yg perempuan tu pelengkap lelaki dan sebaliknya.

perempuan= oxxxxxxxxx
lelaki = xooooooooo
cukup 10 utk kedua2 unsur.
[o=akal,x=nafsu]

susunan utk lelaki memang macam tu.dalam kepala 'o' jer yg duk fikir.tapi susunan sentiasa berubah untuk sesuatu keadaan.

cemana kalau banyak bini?
oxxxxxxxxx
xooooooooo(terbaik)
ooxooooooo(gatal)
ooooooooox(bini nombor 3 memang paling mengancam jiwa dan minda)
ooooxoooo(kunun2 yg paling stabil)
banyaknyer 'o'..larat ker nak pikul?
Ingat berlaku adil tu senang?bagi beras setiap org lapan kilo tu dah cukup adil la?
berlaku adil termasuklah berapa kali 'keluar masuk',baper minit,baper kali kiss.kalo tak sama banyak menjawab la kat akhirat esok depan Allah!
cukup hero kah anda untuk berlaku adil?

kenapa perempuan lebih hebat dari lelaki?
meh kita tengok apa yg menggerakkan perempuan yang bernafsu banyak ni.
cth: seorang surirumah bangun pagi terus jer dia FIKIR(AKAL) nak pegi bilik air gosok gigi,mandi.dia bangun dan terus ker bilik air.mandi supaya segar dan rasa hebat(NAFSU).masa ni biasanya diorang tak fikir lagi apa yang perlu dibuat.sudah mandi,solat dgn hubby.pastu terus pegi dapur untuk siapkan sarapan(diorang tak fikir pun.terus pegi dapur wat sarapan sebab digerakkan oleh nafsu.)sebelum sampai dapur dia capai baju untuk hubby dia letak kat meja iron(terus buat tanpa fikir dulu adalah nafsu).jerang air,gosok baju hubby.pastu sambung siapkan sarapan(nafsu).makan sarapan dgn suami(nafsu).kemas dapur,amik kain untuk basuh,sambil kemas2 rumah,amik kain jemur,tgk bunga terus siram bunga.sapu2 laman.masuk dalam rumah on tv atau baca majalah.
ok2...memang panjang kalau nak taip keje surirumah satu hari.hampir setiap perkara rasa nak buat terus dibuat.tak tunggu(lebih tepat tak fikir)
nak melaram adalah nafsu perempuan.
nak perabot baru adalah nafsu perempuan.
nak rumah cantik adalah nafsu perempuan.
nak peti ais besar pun nafsu perempuan.

rumah adalah taman permainan isteri.rekabentuk rumah adalah mengikut citarasa isteri.
suami jangan.biarlah isteri design rumah macam balai raya pun xpe.dia punya taman.
suami perlu nasihatkan yang kalau balai raya ni buat atap macam ni lagi cantik.pandai2 la.
(kisah benar: ada sorang kawan, dia design rumah bukan main canggih lagi.datang bini tuan rumah suruh ubah plan.betul jadi macam balai raya.tapi suami dia mengiyakan aje.kecian...kaya tapi tak pandai jadi orang kaya)

meh kita tgk lelaki punya rutin:
bangun pagi tgk bini dulu pastu usik2 kunun2 kejut tido la..(nafsu.ceh..)pastu fikir(akal) nak mandi,pastu fikir(akal) nak pegi keje pukul baper,pastu fikir(akal) jalan mana tak jem,(akal)kalau federal jem tak?(akal)kalau kesas sure tak jem tapi jauh,pastu nak makan sarapan kat ofis ker kat rumah(akal),arini boss bodoh tu dtg awal ker tak(akal),keje byk tak siap(akal),fikir jer...tetiba"syg,abg nak mc la arini.jom sambung tido"(nafsu).
seriusly,bila bgn tido otak terus fikir perancangan utk satu hari.buatnya tak.tgh2 wat sesuatu pun otak fikir macam2.

contoh senang: orang perempuan tak fikir jalan mana yang nak diambil untuk ke sesuatu tempat.tgk signboard jer.signboard kan byk.
orang laki dah fikir setiap jalan yang mungkin diambil dan setiap jalan tu apa ada dan mana yg paling best.

wassalam

Friday, December 26, 2008

intro

starting a blog with nothings pop-up in my head.save the typing to another time